ANDA DENGAR, ANDA FAHAM, ANDA NILAI SENDIRI

"INSURANS PENIPU? CAKAP ITU INI COVER LAST-LAST TAK COVER?"
Pernahkah anda dengar complain macam ni?? Inilah antara faktor orang memandang negatif terhadap INSURANS. Bukan sebab syarikat Insurans tu yang menipu, tapi biasanya BERLAKU KESILAPAN YG KADANG2 KITA sendiri tidak sedar..DAN JUGA SIKAP TIDAK AMBIL CAKNA KITA pada premium yg kita bayar. Asal bayar...OK LAHH TU!!!. So, Kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk mencari Kad Perubatan (Medical Card) yang terbaik, INSYALLAH saya & rakan-rakan akan cuba berikan service & penerangan terbaik agar anda betul-betul faham & rasai kepentingan INSURANS ini sebagaimana saya rasa sekarang. MUNGKIN dulu saya juga seperti anda, TIDAK YAKIN & TAKUT TERTIPU... tetapi hakikatnya, diri sendiri yang RUGI kerana kita tidak MAHU membuka ruang untuk menerima info@ilmu bagi diri kita sendiri. TAK SALAH BERTANYA KAN??

PENGENALAN

KENAPA TAKAFUL?




Cuba renungkan:-

1.Apa akan terjadi kepada kewangan anda apabila anda sudah tidak boleh bekerja/berniaga lagi?

2.Bagaimana anda hendak menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, apabila anda sudah tidak berupaya utk bekerja/berniaga?

Inilah sebabnya mengapa anda perlu memiliki insurans-utk memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki, supaya anda tetap dapat menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, walaupun setelah anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada!

Jika sebelum ini, anda memiliki pekerjaan atau perniagaan sebagai satu jaminan kewangan, maka perluaskan keupayaan anda, dgn memiliki insurans sebagai satu jaminan tambahan. Ini supaya, di saat anda sudah tidak boleh bekerja, keluarga anda masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa, dgn adanya bantuan kewangan dari insurans.

Daripada anda membiarkan keluarga anda hidup sengsara, meminta-minta drpd org lain, hingga kadangkala terpaksa menjual maruah diri utk menyara anak2, bukankah lebih baik jika anda mula memiliki insurans dari sekarang?

Masyarakat selalu mudah berkata, tidak perlu risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Pungutan Zakat dan Baitul Mal ada utk membantu mereka. Mereka menyangka ketiga-tiga organisasi ini, akan dapat menyelesaikan semua masalah kewangan yg mereka hadapi, di saat mereka sudah tidak boleh bekerja lagi.
Tetapi hakikatnya, berapa banyakkah sumbangan yg mereka akan terima? RM150 sebulan? RM300 sebulan? Adakah ianya mencukupi utk menampung keperluan harian keluarga?

Inilah hakikat kehidupan yg anda seringkali lupa dan mereka yg sudah menerima bantuan badan kebajikan pun, masih hidup meminta-minta di dlm media massa kerana bantuan sumbangan yg diterima tidaklah seberapa,sekadar cukup utk keperluan asas sahaja.

Kesimpulan:

Anda perlu terima hakikat bahawa musibah boleh menimpa tanpa mengira usia dan anda perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan didalam kehidupan anda. Memiliki insurans merupakan cara terbaik anda memperluaskan skop jaminan kewangan yg sudah anda miliki dari pekerjaan atau perniagaan anda.

Bukan sahaja insurans dapat menyediakan duit sara hidup di saat anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada, ia juga dapat membantu anda menunaikan tanggungjawab anda terhadap keluarga tersayang.

Petikan artikel dari Ringgit & Sen(Siri Belajar Insurans)
Penulis artikel:Azha Syazri Hj Azizan

No comments:

Post a Comment