KENAPA??
3 situasi yang melayakkan anda mendapat pengecualian sumbangan/ simpanan anda dibayar oleh pihak prudential:-
1. Sendiri
Jika pemilik polisi dan orang yang dilindungi adalah sama, polisi ini bakal mendapat pengecualian sumbangan jika dan hanya jika disahkan mengidap penyakit kritikal/keilatan kekal.
2. Suami/Isteri
Spouse Contributor
Jika polisi suami dan isteri dilengkapi dengan rider “Spouse Contributor”, pengecualian sumbangan terhadap polisi pasangan berlaku sekiranya salah seorang mengidap penyakit kritikal/keilatan kekal mahupun meninggal dunia.
3. Anak
Parent Contributor
Parent Contributor
Dua situasi di atas menunjukkan sumbangan bagi polisi anak ditanggung oleh bapa atau ibu. Jika berlaku keilatan kekal/penyakit kritikal/kematian kepada yang menanggung, pengecualian sumbangan polisi anak akan diberikan sehingga usia 25 tahun. Akan tetapi jika perkara yang sama terjadi kepada bukan penanggung, i.e keilatan kepada ibu tetapi yang menanggung ialah bapa dan sebaliknya, tiada pengecualian sumbangan akan diberikan.
Joint Parent Contributor
Berfungsi sama seperti Parent Contributor, tetapi ianya akan memberikan pengecualian sumbangan kepada anak yang ditanggung sekiranya salah seorang daripada penanggung (ibu atau ayah) mengalami keilatan kekal/penyakit kritikal/kematian.
No comments:
Post a Comment